
MELAKA 15 Mac – Golongan pelajar wajar didedahkan mengenai kepentingan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera seperti yang terkandung dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perkara tersebut wajar difahami oleh golongan pelajar yang merupakan pewaris negara supaya mereka memahami tujuan ia diwujudkan.