Kenderaan rasmi GPMS telah selamat dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Jalani Bin Ngah , Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia bersempena Majlis Perasmian Program GPMS 2011 di SM Teknik Kajang, pada 10 Mei 2011 yang lalu. Van rasmi yang bernilai hampir RM80,000 ini bakal digunakan khas untuk kegiatan aktivis-aktivis GPMS khususnya Siri Skuad Jelajah Motivasi pada pertengahan Mei akan datang. Mudah-mudahan inisatif pimpinan GPMS ini akan melancarkan perjalanan setiap program yang akan dijalankan .
